Selasa, 25 November 2008

Rombakan diharap beri nafas baru - Iskandar Samad

Iskandar Abd Samad


Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad: "Saya berharap rombakan pimpinan PAS Selangor yang dibuat pada Mesyuarat Perhubungan 21 November lepas dengan persetujuan ahli-ahlinya akan dapat memberi nafas baru kepada PAS di Selangor.

"Saya juga berharap tenaga-tenaga baru ini akan dapat membawa ide-ide baru. Kita perlu berani membuat perubahan.

"Rombakan seperti ini adalah satu perkara biasa dan tidak patut dipertikaikan. Kepimpinan adalah satu amanah dan bukan hak mana-mana individu. Setiap individu mempunyai peranan dan tugas masing-masing di dalam jemaah. Masanya adalah untuk melihat ke hadapan.

"Saya menyeru ahli-ahli PAS agar memberi tumpuan kepada tugas utama untuk mengembangkan dan mengukuhkan pengaruh PAS di Selangor.

"Janganlah ahli-ahli terperangkap dengan permainan politik musuh yang mahu melihat PAS berpecah dengan mengeksploitasi rombakan ini.

"Masanya adalah untuk bekerja dan bukan untuk bercakap semata-mata. Tanggungjawab kita adalah besar. Kita mungkin ada hanya tiga tahun sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Tumpukan usaha untuk membuktikan kemampuan PAS di dalam kerajaan dan menambah kerusi-kerusi PAS.

"Sejak mula menjadi ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dalam tahun 1993 dan merasai pimpinan tiga Pesuruhjaya, saya telah melihat segala-galanya dan seperti biasa saya berkeyakinan ahli-ahli PAS di Selangor matang menghadapi sebarang cabaran." - lanh _

Tiada ulasan: