Jumaat, 21 November 2008

Chef Wan dari tukang masak ke sidang akauntan

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Minggu depan Chef Wan, tukang masak terkenal Malaysia, akan memperlihatkan satu lagi bakatnya kepada umum!

Beliau merupakan antara penyampai ceramah pada Persidangan Akauntan Kebangsaan (NAC) 2008 yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di sini.

Chef Wan atau Redzuawan Ismail merupakan seorang akauntan.

Selain mengupas isu utama yang menyelubungi krisis kewangan global sekarang ini, program NAC 2008 juga mendedahkan tentang perkembangan hidup individu termasuk berkenaan Chef Wan yang akan menyampaikan ucapan bertajuk "Daripada Jurubank kepada Tukang Masak Bertaraf Dunia."

Chris Randolph, seorang penulis dan jurulatih jualan Sales Edge International juga akan mengetuai satu sesi mengenai "Mari Tingkatkan Jenama Persendirian Anda! Bagaimana akauntan perlu memasarkan diri secara profesional kepada pelanggan dan ketua, dan juga berurusan dengan rakan setugas."

NAC 2008, acara terbesar untuk ahli profesional kewangan, perniagaan dan pemimpin, akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan itu yang akan menyaksikan kirakira 2,000 ahli profesional perniagaan dan pemimpin berhimpun.

Dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA), NAC 2008 diadakan ketika menurunnya keyakinan pasaran dan berlakunya ketidaktentuan ekonomi.

Tiada ulasan: