Selasa, 21 Oktober 2008

Rais: Saya diminta beli undi

MALAYSIAKINI


Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor agensi berita AFP hari ini.

"Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak.

"Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan.

Tiada ulasan: