Isnin, 20 Oktober 2008

MIC pecat Nantha Kumar

MY METRO


KULIM: Ketua Pemuda MIC Kedah R Nantha Kumar dipecat dari parti ekoran tindakan beliau mendesak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya meletakkan jawatannya pada Jun lalu.

Nantha Kumar berkata beliau menerima surat pemecatannya yang bertarikh 29 September, ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MIC Tan Sri G Vadiveloo, pada 16 Oktober lalu.

Surat dua para berbahasa Inggeris itu menyebut bahawa oleh kerana Natha Kumar mengaku pada persidangan majlis tatatertib yang diadakan pada 24 September lalu bahawa beliau menggesa Presiden parti meletak jawatan, maka Jawatankuasa itu memutuskan untuk memecat Nantha Kumar berkuasa serta merta.

Katanya beliau faham dengan kandungan surat itu dan mematuhi segala arahan, kerana beliau masih sayang serta kasihkan MIC, dan menurutnya beliau tetap merasakan seperti anggota parti walaupun sudah dipecat.

Tiada ulasan: