Ahad, 26 Oktober 2008

Iskandar bimbang ada tangan ghaib dibelakang GLC

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad mengakui ramai yang telah bekerja dengan baik dan telah menjadi mangsa keadaan.

"Ada yang telah memainkan peranan besar dalam penyelewengan yang telah berlaku," katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagai exco yang menjaga perumahan katanya, perancangan telah dibuat untuk GLC seperti PKNS membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.

"Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,"tegasnya.

Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan. -SH

Tiada ulasan: