Jumaat, 26 September 2008

Jalur lebar WiMAX di Pulau Pinang
MY METRO


PULAU PINANG: Pelayaran Internet tanpa wayar melalui WiMAX (Gelombang Mikro yang boleh Saling Kendali ke Seluruh Dunia) akan menjadi satu kenyataan di negeri ini seawal Disember tahun ini.

Kerajaan negeri ini hari ini menandatangani satu perkongsian usahasama dengan Packet One (Malaysia) Sdn Bhd (P1) untuk membolehkan syarikat itu membekalkan infrastruktur bagi WiMAX di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perkhidmatan tanpa wayar canggih itu akan menjadikan Pulau Pinang bandaraya pertama di dunia melalui pengalaman jalur lebar semasa bergerak.

Katanya, WiMAX, satu teknologi telekomunikasi yang bermatlamat menyediakan data secara tanpa wayar pada jarak yang jauh dalam pelbagai cara dan dari hujung ke hujung pada akses sepenuhnya, akan menjadikan Pulau Pinang selangkah lagi lebih dekat sebagai negeri maju sepenuhnya.

Tiada ulasan: