Khamis, 28 Ogos 2008

Ku Li jelaskan hak keistimewaan orang Melayu
Salmah Mat Husain


KOTA BHARU- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan menganjurkan forum pelaksanaan Fasa 152, 153 berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu Sabtu ini.

Pengerusinya, Dato' Ibrahim Ali berkata, forum berkenaan perlu dianjur memandangkan ada pihak yang berani mempertikai kedudukan orang Melayu di negara ini.

"Sepatutnya perkara itu tidak lagi berbangkit memandangkan ia telah termaktub dalam perlembagaan negara.

"Jadi forum yang kita anjurkan ini bertujuan menjelaskan kepada orang Melayu supaya mereka memahami kedudukannya dalam sebuah negara berperlembagaan," katanya di sini, baru-baru ini.

Bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai hak keistimewaan itu, orang ramai dijemput hadir pada forum yang akan diadakan di Hotel Riverview bermula jam 9 pagi.

Perasmiannya dijangka disempurnakan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Panelis yang akan memperkatakan isu tersebut antaranya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata, orang Melayu perlu tahu kedudukan mereka di sisi perlembagaan. - mj _

Tiada ulasan: