Sabtu, 23 Ogos 2008

Calon BN jawab isu pengajian PhD
Ser Kuang Keng & Wong Teck Chi


Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.

Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti.

Beliau diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan di Internet, bagaimana beliau boleh meneruskan pengajian di peringkat PhD sedangkan beliau hanya berkelulusan diploma.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan profail pendidikan Arif Shah bahawa beliau lulusan diploma dalam kejuruteraan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di 'Edison Universiti of Technology' (luar kampus).

Laporan tersebut telah mencetuskan debat di kalangan bloger yang tidak dapat mengesahkan kelulusan akademiknya itu kerana mereka tidak mengesan nama universitinya melalui Internet.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkandi British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.

Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.

Tiada ulasan: